Thursday, 14 November 2013

Ini bukan politik tapi nak share pandangan jer

Kadang2 bila kita share perkembangan politik ni, memang ada sedikit kebimbangan berkenaan kesan pandangan orang lain berkenaan diri kita, lebih2 lagi kalau kita gunakan FB personal untuk sampaikan info dan maklumat yg tak disiarkan oleh media arus perdana.

Tujuan saya suka2 share bahan2 info & maklumat politik, just nak feel whats we called Fair & Square, tapi kadang2 bila kita share fakta PR orang akan cop kita PR, bila kita share BN orang akan cop kita BN, bila kita share PR dan BN orang akan cop kita takde pendirian, bila kita tak share apa2, orang akan cakap kita tak "Concern". betul tak?

Saya tak suka orang macam gitu, sebab mereka tak reti dan naif berkenaan apa perkembangan politik sebenarnya ada impak pada diri kita. Sebab apa sahaja keputusan usul perbincangan dalam Parlimen tu adalah titik penentu untuk mengubal dan mngubah dasar dan core pentadbiran (mecorakkan pentadbiran) negara yg melibatkan dasar kerajaan., struktur perlembagaan, hala tuju kerajaan dsb.

Berdasarkan apa yang saya tahu Term "Politik" adalah istilah dari barat, manakala istilah yg lebih islamik adalah Siasah Syariah. lebih mudah nak faham adalah isu pentadbiran dalam demokrasi di istilah Politik.


Gambar kat atas ni adalah tempat semua wakil rakyat yang kita pilih melalui sistem undian , so diorang ada jadual yg perlu dihadiri untuk membahaskan dan membentangkan usul, bahas budget negara, hala tuju kerajaan, membawa suara rakyat dsb. so mereka nilah entiti paling penting dalam kerajaan yg bergelar demokrasi, jika dalam parlimen tiada pembangkang dan pencadang maka kita akan ditadbir oleh diktator dan sistem rejim. 

So apa yang saya respek berkenaan mereka yang mengambil tahu isu politik adalah mereka yang membincangkan isu yg dibincangkan dan fakta yang konkrit, serta pandai menapis isu dan maklumat. Ok lah samapi sini jer saya nak kupas POLITIK, harap korang faham . K bai



No comments:

Post a Comment