Friday 15 November 2013

Tak jaga kesihatan dan badan , so kenalah berubah cepat!

For this section,nak share cerita tentang kesihatan. bila umur saya dah meningkat 25 baru lah saya rasa efek jika kurang lakukan senaman dan barulah tahu amatlah berharga jika dulu saya dah mulakan lebih awal. Nak salahkan macam mana, salahkan diri sendiri la sebab pemalas, asyik mengadap komputer jer, btw memang minat saya adalah bermain, gode2 PC, 24 jam, sampai ganggu jadual tidur, jadual beriadah.



So bila jarang buat sit-up,jogging, maka perut akan jadi buncit, dan kalau tak dijaga dan tak disenamkan akan mengakibatkan boroi , pastu bila tak rajin bersukan badan jadi tak cantik la sebab banyak lemak terkumpul tak sihat, pastu sekarang ni pon dah ada ura2 sakit belakang , erk.. tua sangat dah ni..

before its to late, its better i'm begin now, berat badan saya 83kg, sangat berat. kalau naik tangga cepat mengah.

Dulu waktu saya kurus (time2 belajar di Poli) otak senang nak guna . sebab badan maintain. tapi skrg whew.. dh teruk sgt dah ni.

Pengorbanan paling utama saya kena buat mestilah kena kurangkan sedikit minat dok mengadap PC nie :(.

So skrg ni saya tengah struggle bt fitness kt rumah jer, objektif nak dapatkan badan V-Shape dan nak pastikan boroi2 ni semua serta belly2 ni musnah hahaha. Amin!

Thursday 14 November 2013

Ini bukan politik tapi nak share pandangan jer

Kadang2 bila kita share perkembangan politik ni, memang ada sedikit kebimbangan berkenaan kesan pandangan orang lain berkenaan diri kita, lebih2 lagi kalau kita gunakan FB personal untuk sampaikan info dan maklumat yg tak disiarkan oleh media arus perdana.

Tujuan saya suka2 share bahan2 info & maklumat politik, just nak feel whats we called Fair & Square, tapi kadang2 bila kita share fakta PR orang akan cop kita PR, bila kita share BN orang akan cop kita BN, bila kita share PR dan BN orang akan cop kita takde pendirian, bila kita tak share apa2, orang akan cakap kita tak "Concern". betul tak?

Saya tak suka orang macam gitu, sebab mereka tak reti dan naif berkenaan apa perkembangan politik sebenarnya ada impak pada diri kita. Sebab apa sahaja keputusan usul perbincangan dalam Parlimen tu adalah titik penentu untuk mengubal dan mngubah dasar dan core pentadbiran (mecorakkan pentadbiran) negara yg melibatkan dasar kerajaan., struktur perlembagaan, hala tuju kerajaan dsb.

Berdasarkan apa yang saya tahu Term "Politik" adalah istilah dari barat, manakala istilah yg lebih islamik adalah Siasah Syariah. lebih mudah nak faham adalah isu pentadbiran dalam demokrasi di istilah Politik.


Gambar kat atas ni adalah tempat semua wakil rakyat yang kita pilih melalui sistem undian , so diorang ada jadual yg perlu dihadiri untuk membahaskan dan membentangkan usul, bahas budget negara, hala tuju kerajaan, membawa suara rakyat dsb. so mereka nilah entiti paling penting dalam kerajaan yg bergelar demokrasi, jika dalam parlimen tiada pembangkang dan pencadang maka kita akan ditadbir oleh diktator dan sistem rejim. 

So apa yang saya respek berkenaan mereka yang mengambil tahu isu politik adalah mereka yang membincangkan isu yg dibincangkan dan fakta yang konkrit, serta pandai menapis isu dan maklumat. Ok lah samapi sini jer saya nak kupas POLITIK, harap korang faham . K bai



Ini kite punya plan!

Waktu facebooking terjumpa gambar ni, cerita tentang konsep kite merencana nampak mudah, tapi faktor alam menambahkan cabaran, btw memang ada betulnya gambar ni, sebab apa kita rancang tak semestinya perfect, yang penting kita kena bersedia lah dengan cabaran yang tak diduga.


Wednesday 13 November 2013

Posting pertama yang simple habis!!!

Assalamualaikum, Hello , Hi, Sawadikhap, Kabare waras?, Konniciwa, pertama kalinya saya buat blog  khusus untuk tujuan penulisan dan pandangan peribadi tentang apa yang ada disekeliling dan pengalaman saya, So untuk ruangan posting pertama ni, just suka2 jer saya tulis nak pastikan blog ni ada posting dan aktif, itu jer huhu.



Korang yang sudi datang kesini terima kasih la yaaa!!! weee,untuk permulaan jangan lupa "Follow blog ni melalui Google+ korang (Setakat ni trending FB lebih meningkat dari Google+ sbb tu guna FB). Untuk korang mudah dapat update jer. Kalau tak nak tak pakse pun.

Cerita pasal Google+ saya masih aktif lagi guna Facebook, so jarang sangat nak bukak Google+ , btw dalam google+ korang stal lah sendiri. Stalker are welcome to my teritory, btw saya harap para stalker aktif2kan la diri membalas dan komen kat artikal, beri pendapat dan maklumbalas korang, jangan stalk jer, pastu senyap, yang penting komen la dengan jiwa yang Happy :D. prinsip saya mudah jer, friend with everybody.

Sedikit sebanyak tentang saya yang korang perlu tahu,



Nama: Mohd Azlan B Md Kamisan
Umur: 25 (ketika ni)
Adik Beradik: No.4 dari 8 orang
Alamat: Johor
Cita-cita: Nak Cari duit banyak2 tolong Mak Ayah dan kahwin dapat anak comel .
Status: kosong
Hobi (Awas Banyak gila hobi ) :
1. mengumpul barangan dan gadget serta mengubahsuai gadget digital.
2.Membaca Manga, Novel Penyiasatan (especially novel enid glayton).
3.Menonton Anime (Tak semua anime, just ada anime tertentu sahaja antara top anime yg saya suka adalah, Naruto, One Piece, Attack On Titan, Sword Art Online,Initial D,Doraemon,Sin Chan,Fairy Tale).
4. Layan youtube, ceramah agama,ceramah hel ehwal politik, dan yg terutamnya video kucing, baby, tengok video prank, dsb hehe.
5. basuh Motor basuh kereta.
6. Paling baru, Fitness ( Baru nak start laa..  )
7. dan banyak lagi yang tak dapat nak disenaraikan

Coding kegemaran: 
1.Untuk aplikasi : Java
2.Untuk Webbased : HTML

Minuman kegemaran: Nescafe Ais
Makanan Kegemaran: Nasi Ayam madu berempah
Tinggi: Tak lebih 30 Hasta
Berat: Tak berat melebihi 1 tan

ok thats all, yang lain nanti kita cerita dan borak di post baru nanti, ada masa untuk update saya update lag ok. TQ